Gua
Ashabul Kahfi (google) Kahf Ahlil Kahf terletak kira-kira 7km dari
pusat bandar Amman, Jordan. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali
dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama
Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di
dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing
dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat. Kahf Ahlil Kahf
merupakan lokasi sejarah yang membuktikan kebenaran kisah di dalam
Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di
dalam Surah tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang
beriman
kepada Allah melarikan diri ke sebuah gua dan Allah menidurkan mereka
selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak
dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun.
Firman Allah;
“Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)
Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di
atas, menurut para ulama’- terdiri dari tujuh orang pemuda yaitu:
- Maksalmina
- Tamlikha
- Martunus
- Bainunus atau Nainunus
- Sarbunus
- Dzunuanus
- Kasyfitatanunus
Bersama mereka seekor anjing bernama Qitmir mengekori mereka.
Pemuda-pemuda ini beriman kepada Allah di tengah kekufuran kaum dan
bangsa mereka. Identiti mereka sebagai pemuda yang beriman diakui oleh
Allah dengan firmanNya;
“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. (al-Kahfi: 13)
Menurut
ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam di
satu negeri bernama Afsus yang terletak di Turki (ada pendapat
menyatakan di Jordan, dan ada juga mengatakan di Syria). Asalnya
penduduk negeri itu beriman kepada Allah dan beribadat mengesakanNya.
Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman kufur/berhala dan dia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s. dan bertukar kepada agama kufur/berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut dengan ancaman dan seksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu.
Namun tujuh pemuda beriman tadi tidak mahu tunduk dengan tekanan raja kafir itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian. Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja itu.
Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman dan prinsip aqidah Ilahi yang mereka yakini. Allah berfirman menceritakan peristiwa mereka berhujjah;
Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman kufur/berhala dan dia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s. dan bertukar kepada agama kufur/berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut dengan ancaman dan seksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu.
Namun tujuh pemuda beriman tadi tidak mahu tunduk dengan tekanan raja kafir itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian. Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja itu.
Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman dan prinsip aqidah Ilahi yang mereka yakini. Allah berfirman menceritakan peristiwa mereka berhujjah;
“Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja): ”Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”. (al-Kahfi: 14-15)
Walaupun
tidak mampu menjawab hujjah-hujjah yang mantap dari pemuda-pemuda
beriman ini, raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras mahu mereka
murtad dari agama mereka. Ia memberikan tempoh beberapa hari kepada
mereka. Jika selepas tempoh itu pemuda-pemuda ini tetap berkeras, maka
mereka akan dimurtadkan secara paksa atau akan dibunuh. Kerana sayangkan
aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda ini bermesyuarat sesama mereka
untuk mencari keputusan yang muafakat. Apakah tindakan yang sepatutnya
diambil untuk mempertahankan diri dan juga agama mereka? Akhirnya mereka
memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam gua di
kawasan pedalaman/kampung.
Firman Allah;
Firman Allah;
“Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna”. (al-Kahfi: 16)
Mereka
lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ
terdapat sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan berlindung.
Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori oleh
seekor anjing bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama
dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu. Di dalam gua itu mereka
diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah.Allah telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut.
Firman Allah menceritakan tentang mereka di dalam gua;
Firman Allah menceritakan tentang mereka di dalam gua;
“Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya”. (al-Kahfi: 11).
Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada
hamba-hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan
pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama
300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut
tahun Hijrah).
“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun)”. (al-Kahfi: 25)
Walaupun
mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa
Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah
menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu
nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur.
“Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah), sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka”. (al-Kahfi: 18)
Setelah sampai tempoh yang ditetapkan Allah (iaitu 300 tahun atau 309
tahun), mereka dibangunkan. Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak
menyedari bahawa mereka tidur dalam jangka masa yang amat lama. Mereka
menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari atau separuh hari
sahaja.“Berkatalah salah seorang di antara mereka:
“Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)”. Mereka menjawab: “Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari….”. (al-Kahfi: 19)
Sebaik bangun dari tidur mereka, mereka terasa lapar. Maka sebahagian
dari mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke Bandar
bagi mencari sesuatu untuk di makanan. Akhirnya mereka memilih Tamlikha
untuk ke kota Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka
membawa bersama bekalan wang perak.
Firman Allah menceritakan cadangan sebahagian dari mereka itu;
Firman Allah menceritakan cadangan sebahagian dari mereka itu;
“Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang paling baik (yakni yang bersih dan halal), maka hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”. (al-Kahfi: 19-20)
Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun dalam
keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih
berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan
itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini
menandakan bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada
Allah. Di dalam al-Quran, Allah memerintahkan kita supaya bertakwa
kepadaNya sedaya yang kita mampu, dalam keadaan mana sekalipun, sama ada
senang atau susah.
Allah SWT Berfirman;
Allah SWT Berfirman;
“Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta ta`atlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu”. (at-Taghabun: 16)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar